Wednesday 1 February 2012

~~~kaunseling~~~

Maksud
Kaunseling merupakan satu proses perhubungan menolong yang sistematikberasaskan prinsip psikologi yang dilakukan oleh kaunselor profesional bagi menghasilkan perubahan, perkembangan dan penyesuaian peribadi klienyang menyeluruh secara sukarela sepanjang hayat berlandaskan etika kaunseling…. Lagii??


objektif
Meningkatkan pembangunan personel potensi diri dan kematangan sosial.
•Membolehkan individu lebih bertanggungjawab dan mampu mengendalikan tingkahlakunya.
•Membantu individu agar lebih bersikap terbuka dan mampu membuat pilihan yang terbaik bagi dirinya
•Membantu individu mengatasi gangguan emosi bagi mencapai kepuasan selaras dengan nilai moral, agama dan norma masyarakat
•Membantu individu menyesuaikan diri dengan cabaran dalam suasana persekitaran
•Membantu individu mengenali diri dalam persoalan yang dihadapi demi menghasilkan perubahan imej diri positif
•Membantu individu menilai kekuatan dan kelemahan diri


salah tanggapan terhadap kaunseling

•Kaunseling hanya untuk orang yang bermasalah
•Kaunseling hanya untuk pelajar IPT sahaja
•Kaunseling adalah berbual-bual sahaja
•Kaunseling boleh ubati semua masalah tingkahlaku
•Kaunseling untuk orang kaya sahaja
•Kaunseling untuk murid sekolah sahaja
•Kita dipsiko’apabila berjumpa kaunselor
•Apabila dah tak terkawal barulah jumpa kaunselor Unit



“Sebaik Sebaik-baik manusia ialah orang yang dapat memberi
manfaat kepada manusia lain lain”



No comments:

Post a Comment


Sharing is caring ^_^